"Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci & bersih), maka ibubapanya yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi." (riwayat Bukhari & Muslim)
Anak adalah amanah dari Allah. Permata hati kita ini amat memerlukan didikan, jagaan dan perhatian daripada kita. Anak juga merupakan sebahagian ujian daripada Allah. Allah menguji kesabaran kita mendidik mereka.
Dewasa ini, didikan yang patut diberikan kepada anak-anak adalah berbeza berbanding bagaimana kita dididik oleh ibu bapa kita dahulu. Kesabaran dalam mendidik anak-anak diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja.
Mendidik anak juga bukanlah perkara yang mudah, jom kongsi petua dan tips untuk anak mencapai kecermerlangan di dunia dan akhirat.